"EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR OLEH ITU REBUTLAH PELUANG YANG DITAWARKAN OLEH PERUNDING EMAS ANDA AKAN MERASAI KEUNTUNGANNYA"
-Haffiz Hamid 0123851772 (Master Dealer A0851)-

Tuesday, March 2, 2010

Pajak Gadai Agrobank

Ini dia surat akuan gadaian boleh pinjam sampai RM270 sahaja
Ini AgroBank di Bandar Permaisuri, Cheras K.L.

Ini masa Pegawai Bank timbang 1 Public dinar

Salam
Aku akhirnya telah buat pajak gadai di agrobank dan membuat pinjaman 60% dari harga emas semasa. Sebab aku hendak membeli 1 dinar lagi menggunakan duit pajak gadai itu. Kurang sikit la nak beli emas ni hehe.. Itu sebenarnya strategi sebab pajak gadai ni kita bayar wang bulan2 RM45 selama 6 bulan & upah simpanan emas sahaja. Kalau 1 dinar upah simpanannya RM 16.56 sahaja selama 6 bulan. Pegawai bank bagitau kalau xtebus balik emas itu selama 11 bulan diorang akan lelong. Jadi kalau boleh bayar duit sebelum 6 bulan. Untuk pajak gadai ini pinjaman xda interest% or riba2.

Jadi target untuk 1 dinar=1 bulan telah tercapai. sudah ada modal untuk beli 1 dinar hehe.. Jadi bagi korang belum ada emas beli jer boleh kita pajak gadai bersama2. Banyak guna nya emas ni kalau kita nak tambah pajak gadai jer boleh beli lagi satu. Disebabkan aku ni low medium class income jadi 1 dinar je buat masa ni yang mampu heheh. Bagi korang yang lebih mampu pakai jongkong sebagai contoh 20gram ker. Lupa nak bagitau maksimum agrobank boleh bagi pinjaman hanya RM50,000 sahaja. Kalau berat emas pulak 100gram sahaja. Tapi kalau ikutkan banyak lagi Arahnu yang aku belum try. Tadi masa balik pun aku ada nampak Arhnu Yapeim punya dekat cheras jugak. Bulan 4 ler aku ingat nak try boleh Evolusi V3 Rempit emas ni jimat sikit belanja nak beli emas ni hehehe...

8 comments:

♥S@R@♥ said...

good luck k..

Haffiz Hamid said...

Okies thanks

Suziela said...

salam blgger..saya pun dah pernah gadai kat agro..tapi tak tahu cara nak buat kiraan untuk pusing balik modal..sbb igt nak pakai duit untuk menda lain..can show me ur calculation x?

Haffiz Hamid said...

Salam Put3emas kalo nak pusing modal kena meniaga. Sebenarnya tujuan utama pajak gadaian ini adalah untuk tujuan peribadi ataupun meniaga. Jika tujuan untuk menda lain kiranya peribadi kan. Tapi untuk pusing modal sekiranya membeli emas kita kena ada income lain untuk inject pembelian emas.

Suziela said...

income lain tu juz gaji jer r...lain xde pun..wat i mean..mcm ne u kira untuk dapat pusing modal untuk beli lagi another gold..contoh gadai 100gm..then nak beli emas berapa gma pulak pah tu..100gm dpat 7k..so habiskan 7 K untuk beli emas ker..atau kurang skit dari 7K..takut xcukup duit nak tmpung kos upah bile smpai tempoh matang nati...lebih kurang 400 klu xsilap for 6 month..

Haffiz Hamid said...

Bergantung pada kemampuan kita sebab kalau ikut saya mampu pajak 1dinar n beli lagi 1 dinar jika 100gram pun sama kalau nak beli beli emas kecil2 dahulu tapi kena mampu bayar upah simpan ler bila tarikh matang. Tapi kan emas tuh naik harga pinjaman akan naik lagi. Jadi upah simpan akan kurang jika kita pajak balik. Jadi pengurangan upah simpan akan ada terpulang strategi Su bagaimana nak buat pengiraan sebab pengiraan saya bergantung jugak pada kemampuan saya.

Haffiz Hamid said...

kalau nak lebih detail
Kiraan pada 2/3/2010
1 dinar= Rm270 pinjaman 60% pajak gadai
1 dinar= Rm16.56 Upah simpan
1 dinar= Rm550 murah beli lagi kat agent heheh.

Kiraan pada tarikh matang 2/9/2010
1 dinar= Rm320 pinjaman pajak 60% gadai pajak balik lew heheh
1 dinar= Rm16.56 Upah simpan
1 dinar= Rm780 beli murah lagi melalui agent hehe

Unknown said...

Saya tak ingat no.akaun saya tolong bantu sya