"EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR OLEH ITU REBUTLAH PELUANG YANG DITAWARKAN OLEH PERUNDING EMAS ANDA AKAN MERASAI KEUNTUNGANNYA"
-Haffiz Hamid 0123851772 (Master Dealer A0851)-

Tuesday, March 16, 2010

Kerja di Arrahnu Yapeim, Cheras

Akhirnya P.Dinar bekerja setelah 1 minggu lebih bercuti P. Dinar pun bekerja di Arrahnu Yapeim, Cheras. Aku berasa gembira dengan kemampuan P. Dinar ini mendapatkan wang lebih masyuk2 hehehe. Duit yang dapat itu dapat menampung topup modal untuk satu lagi 1 Public Dinar.



Tempat Kerja P.Dinar selama 6 bulan di Arrahnu Yapeim, Cheras


Ramai Aweks tempat kerja P. Dinar hehe..



Nilai boleh dipinjam 65% = RM340


Disebabkan aku baru baru nak mendaftar gadaian kena bayar RM10 untuk yuran.

Oleh itu kita kena mematuhi syarat-syarat untuk memajak emas ni. Antara Perkara yang perlu ialah:


1. Mykad Kad Pengenalan


2. Emas yang hendak dipajak


3. Resit Pembelian emas

Apa yang aku perhatikan di Arrahnu Yapeim ni lebihan nilai harga 1gram dan pinjaman 65% menjadikan duit pinjaman dapat lebih berbanding Agrobank yang aku pergi sebelumni. Tetapi ada hadnya, pinjaman maximum sebanyak RM25,000 setiap 1 orang serta maximum pinjaman RM10,000 bagi 1 unit emas xkira berat.Nilai Upah simpan pula lebih kurang jugak harganya RM16.20. Diharap rakan-rakan emas dapat kerja sekali di Arrahnu Yapeim, Cheras. Sekian.

3 comments:

♥S@R@♥ said...

gatai ek..sempat lg ushar aweks..

tinylittlehanna said...

nak tanye..dengar2 byk ar rahnu tak terima dinar..btol ke

Unknown said...

macam mana nk mohon keje di ar rahnu?