"EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR OLEH ITU REBUTLAH PELUANG YANG DITAWARKAN OLEH PERUNDING EMAS ANDA AKAN MERASAI KEUNTUNGANNYA"
-Haffiz Hamid 0123851772 (Master Dealer A0851)-

Saturday, February 20, 2010

Artikel dinar


Artikel ni dipetik dari surat khabar bertarikh 18/2/2010


Salam

Baru2 ni terbaca artikel pasal penggunaan dinar & dirham di Jakarta, Indonesia, negara paling ramai orang islam. Diorang da mula pakai da dinar ni. Aku rasa kalau Malaysia mula guna kita da xyah kumpul da kut dinar ni dapat gaji dalam dinar & beli barang je terus or buat pinjaman guna dinar ni. Kalau kira gaji aku dalam 4 dinar jer dapat hehehe... Kalau aku beli barang2 keperluan pun dalam dirham kut buget ciput jer bai hehe...
Tapi pengunaan dinar ni mula meluas di merata dunia. Kita di Malaysia ni kalau nak mula da boleh da cuma munkin perlembagaan undang2 kewangan kena ubah di parlimen. Tapi kena ada proposal & sokongan. Sokongan bukan setakat biasa2 kena minta sokongan dari semua kaum di Malaysia. Sebenarnya bergantung pada diri sendiri keputusan masing2. Tapi kalau tanya kat aku esok kita mula terus dinar ni. Harta akan menjadi subur dan tidak lagi dipenuhi dengan riba interest%. Sebab zaman Nabi pun kalau harga 1 kambing = 1 dinar sampai sekarang harga itu akan macam itu. Kalau bab2 pinjaman pulak kita cagar jer tanah mintak dinar & bayar balik tanpa %interest.
Oleh itu simpanan dinar emas ni mesti mula dari awal selepas lahir seseorang bayi itu lagi. Aku jer mula lambat umur 26 tahun baru nak buat simpanan emas. Itupun baru 1 dinar emas.
Kalau bayi selepas lahir sampai umur macam aku ni katakan ibubapa dia menyimpan 1tahun=1dinar sudah ada 26 dinar banyak tuh!!! itu belum campur dia punya simpanan sendiri nak beli kereta & rumah sudah senang da. Sebab tu aku menyahut simpanan 1dinar=1bulan supaya tidak ketinggalan boleh la sama level dengan penyimpan dinar emas ni hehe..

No comments: