"EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR OLEH ITU REBUTLAH PELUANG YANG DITAWARKAN OLEH PERUNDING EMAS ANDA AKAN MERASAI KEUNTUNGANNYA"
-Haffiz Hamid 0123851772 (Master Dealer A0851)-

Wednesday, February 17, 2010

1 Dinar

Salam

Syukur dapat beli 1 Dinar emas 916 yang pertama pada hari Rabu 17/2/2010 4.30ptg dengan harga yang berpatutan dari Cikgu Azrul dari Pontian Johor. Terimas Cikgu. Dinar macam ada satu tarikan emas munkin dari segi corak dan berat yang mantap!!.....

Pertama kali lihat dinar ni pada jumaat 11/2 lepas semasa member aku heri Sp perkenalkan di seminar pokli Sunway. Tapi sampai lambat sempat tengok emas aje. Dengan semangat yang membuak2 aku lihat semua blog tentang emas rasa rugi jugak sebab xdengar apa yang pokli nak sampaikan. Tapi tarikan aura emas 2 da ada. Kenapa aku beli 1 Dinar sebabnya menyahut kempen 1 bulan 1 dinar dengan simpanan yang ada aku pun beli ler. Siap keluar asb tunang tuh thanks syg hehe...

Target utama untuk membeli emas ni ialah untuk pelaburan simpanan lu pikirla sendiri & untuk jadi deler. Diharapkan sesiapa deler2/master deler leh tunjuk ajar aku budak baru belajar ni. Keadaan ekonomi n pemanasan global masakini membuatkan aku bertekad menjana ekonomi sosial lupikirla sendiri.

Masa itu emas & masa tidak menunggu aku untuk menjual/membeli emas selagi de duit & tenaga, usaha sudah menjadi kemestian. Kalu tunggu n tunggu xbeli2 pun boleh jugak. Cuma xda yang kena kalau buat macamtu kenapa & mengapa itu terpulang kepada anda. Aku kena mencabar keupayaan terutamanya bila peluang ada dihadapan.

Bagi pembaca yang baru baca blogni aku sebenarnya baru 1st time menulis blogni da ada da cuma biarkan je hehe. Emas ni komoditi yang xperlukan diceritakan. Kalu kita tengok emas tu sendiri dihadapn mata rasa macam ada satu tarikan fenomena ajakan paradigma. Macam xpenah tengok & rasa sebelum ni. Ketulenan itu nampak jelas terutamanya berat emas itu sendiri. Walaupun 1 Dinar berat 4.25 gram sahaja kalau kita bandingkan 5 sen & 10 sen adalah berat itu sendiri & kekilatan emas.

Barulah dapt merasai emas fizikal. Sebelum ni ada beli jugak emas cuma barang kemas untuk tunang. Tapi xpercaya jugak 4.25gram tuh leh cecah RM 5++ rupa2nya bergantung pada harga emas semasa 1gram kalau sekarangni bagi 999 = RM13+ bagi 916=Rm12+ kalau salah interperasi tolong tunjukan hehehe...

Sudah pun tahun 2010. Langkah emas la kita kalau dikira2 1 bulan= 1 dinar kalu 10 bulan sudah ada 10 dinar.Itu kalau menyimpan & membeli kalau Evolusi Drif Rempit V3 pajak/gadai bak kata2 blogger emas yg budiman lagi banyak 1 dinar wa cakaplu. Kalu ikut kata cikgu Azrul caranya Arrahnu bank rakyat or Agrobank. Pajakan/gadai boleh diterima sekiranya ada emas & kad assayar itu. Emas punya pajakan/gadai 65%-70% kalu 1 dinar = RM5++ boleh dapat pinjaman RM36+ bayaran selama 6 bulan dengan 0% interest campur urusan penyimpanan selama 6 bulan baru berapa sen je bai. Dalam duit tu kita pun beli 1 dinar lagi tapi kena de modal la. kalau dikira2 10 bulan tuh leh la dapat lebihan 5-6 dinar banyak woo... da boleh ada 12-16 Dinar daripada cara simpanan biasa.

Kelebihan emas ni bergantung kepada kenaikan harga yang xmenentu kalau ikut kata pakar2 ekonomi kenaikan pada tahun ni mungkin lebih 37% Peryear. Dalam masa 5 tahun lepas purata tiap2 tahun kenaikan sebanyak 25% banyak wooo. Berbanding pelaburan lain yg menawarkan 8%, 18% & percent yang xmenentu 2 emas tetap stabil dan gah. Cuma kalau tengok dalam masa terdekat ni ada penurunan tapi ianya tetap naik kalu tengok graf la.

Tapi kalau da beli emas ni ianya berat & keselamatan yg menjadi kerisaun semua orang. Macam member aku heri sp dia risau gak kalau turun naik kat Sunway Mentari tu. Sebabnyer emas tu semua orang tau & popular untuk dirompak. Berat kalau da cecah sampai 1 kg xboleh nak tunjuk2 hehe... kalu bwk hari2 pun berat jugak itula pasal kena pajak/gadai or simpan or jual/beli.

Pelaburan vs Jual/beli keadaan masa sekarangni 22 pun ok. Tapi pendekatan wang segera xboleh nak apply pelaburan & jugak keuntungan mendadak xboleh apply jual/beli. Itu pentingnya jadi deler/master deler kalau di Public Gold n Dinar itu sendiri, diorang bagi Komisyen 1.5% bagi deler & 2% bagi master deler. Dah macam rebet/diskaun Sapa xmahu bai. Itu kena kalau jadi deler/master deler.

Rugi or Untung. Perniagaan mesti da untung or rugi tapi semua org nak nak untung kan tapi kita ambil keadaan win2 situation. Dimana ikut harga emas naik kita jual banyak & beli sikit & kalau harga emas turun kita beli banyak & jual sikit. Tapi sistem macam tu pun xmenarik seperti yang kita sangka. Bak kata Master deler kalau ada emas jual aje sebab boleh beli dengan harga emas semasa & 1.5% yg jadi keuntungan kita. Rugi kalau kita xjual or xbeli. Ada duit beli je bak kate blogger emas budiman. Ada emas jual aje boleh tukar dengan emas. Kalu malas simpan jer pun still untung.

Ragu2 bagi orang pertengahan bagi kebanyakan orang kalau da biasa buat perniagaan ni diorang fikir keuntungan biasa2 aje. Tapi kalau da buat sale 1-700k banyak keuntungan komisyen pun banyak bai.Dengan berbekalkan emas xperlu citer panjang2 tunjuk dekat semua orang tau keupayaan emas & aura emas itu sendiri. Tuhan sudah menciptakan emas tu supaya tahan lasak, kekal, gagah, perkasa, berkilat & tulen .

Panjang lak pulak citer pasal 1 dinar ni. Semua emas sama cuma beza % n berat emas itu sendiri. Aku pun da beli korang bila lagi hehehe.

Bersambung.....

No comments: