"EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR OLEH ITU REBUTLAH PELUANG YANG DITAWARKAN OLEH PERUNDING EMAS ANDA AKAN MERASAI KEUNTUNGANNYA"
-Haffiz Hamid 0123851772 (Master Dealer A0851)-

Tuesday, March 16, 2010

Kerja di Arrahnu Yapeim, Cheras

Akhirnya P.Dinar bekerja setelah 1 minggu lebih bercuti P. Dinar pun bekerja di Arrahnu Yapeim, Cheras. Aku berasa gembira dengan kemampuan P. Dinar ini mendapatkan wang lebih masyuk2 hehehe. Duit yang dapat itu dapat menampung topup modal untuk satu lagi 1 Public Dinar.



Tempat Kerja P.Dinar selama 6 bulan di Arrahnu Yapeim, Cheras


Ramai Aweks tempat kerja P. Dinar hehe..



Nilai boleh dipinjam 65% = RM340


Disebabkan aku baru baru nak mendaftar gadaian kena bayar RM10 untuk yuran.

Oleh itu kita kena mematuhi syarat-syarat untuk memajak emas ni. Antara Perkara yang perlu ialah:


1. Mykad Kad Pengenalan


2. Emas yang hendak dipajak


3. Resit Pembelian emas

Apa yang aku perhatikan di Arrahnu Yapeim ni lebihan nilai harga 1gram dan pinjaman 65% menjadikan duit pinjaman dapat lebih berbanding Agrobank yang aku pergi sebelumni. Tetapi ada hadnya, pinjaman maximum sebanyak RM25,000 setiap 1 orang serta maximum pinjaman RM10,000 bagi 1 unit emas xkira berat.Nilai Upah simpan pula lebih kurang jugak harganya RM16.20. Diharap rakan-rakan emas dapat kerja sekali di Arrahnu Yapeim, Cheras. Sekian.

Sunday, March 7, 2010

Welcome Onboard

P. Dinar

Siap dengan Certificate

Salam

Selamat Datang P. Dinar tambah lagi 1 Dinar dalam simpanan aku. P. Dinar sampai pada Sabtu 6/3/2010 ini aku order dari Idayu JB Johor -Thanks Idayu. Esok ko kena kerja P. Dinar di Arhnu Yapeim Cheras K.L. Gaji ko aku nak joli hehehe... Walaupun perlahan-lahan aku buat penambahan dinar tapi tetap
1 bulan = 1 dinar dengan duit pajak gadai Rm270 sebelum ni & tambah modal lagi aku pun beli ler 1 dinar ni. Umpama dinar ini akan kerja bagi tolong aku nak tambah emas lagi. Aku harap ko kerja baik2 P. Dinar kalau x aku potong elaun ko nanti hehehehe.

Thursday, March 4, 2010

Hati


Ini tunang aku yang baik hati thanks syg hehehe..

Wednesday, March 3, 2010

Kunci

Salam

Kebebasan, kebinasaan, keceriaan, kehidupan lebih baik dan pengabadian. Diluahkan secara teori umpama kunci menjadi segala pembuka kepada semua ini. Walaupun dirintih hingga mahu agar kunci itu dibuka akan menjadi punca segala2nya terjadi sesuatu perkara. Kunci modal mejadi target utama perniagaan yang menguntungkan or merugikan ibarat pengimbangan yang memerlukan berat yang sama or kita akan totally lost of control.

Diberi kunci akan memberi kita hak mutlak kebebasan yang nyata namun apakan daya hingga kini perubahan zaman yang semakin hari semakin kompleks. Persekitaran yang dicemari dengan pelbagai budaya dan berbagai ragam manusia yang hingga kini sukar dirungkai. Apakah berbaloi kebebasan itu??.  Namun segala akan terjawab apabila ianya membawa kebaikan sehingga turun temurun.

Gagal mengawal kebebasan jugak akan membinasakan kita. Malah umpama menjadi satu pertandingan kebebasan bersuara akan membinasakan kita. Sejarah mengajar kebebasan yang mutlak adalah dapat mengawal semua intipati rangkaian duniawi. Jika tidak ketidak seimbangan akan dirasai. Umpama dunia akan binasa kerana dek ketidak seimbang alam. Gempa bumi, kemarau panjang, panas mendidih, banjir, ribut taufan dan kekejaman akan berleluasa sehingga kini diberitakan.

Namun keceriaan akan terbit jika kunci digunakan sebaiknya. Perlu diberi salam dan diketuk dahulu pintunya baru dibuka kunci pintu itu sendiri akan disambut dengan penuh keceriaan. Rasa hormat dan dipandang tinggi akan menjadi tajuk perbualan sehingga kini. Dirasai seluruh alam sehingga diberi kunci penghormatan itu caranya jika hendak mula sesuatu perbincangan.

Kunci jugak akan memberi penghidupan lebih baik di alam universal ini kita tahu bahawa kunci kejayaan adalah usaha yang xkenal erti putus asa. Perlu diingat kehidupan yang lain akan menjelma umpama kunci diberi semua orang untuk memulakan kehidupan. Malah kita sendiri perlu buat sesuatu sambil tidak perlu menunggu lagi. Jika tunggu akan rugi seribu bahasa.

Pengabadian yang nyata akan terbit secara semula jadi. Jika diamati, dirasai dan menjiwai akan menjadi kebiasaan. Disiplin yang setiap hari dipraktikan akan menjadi satu habit. Secara xlangsung pengabadian akan menjelma jika diteruskan akan diberitakan kebaikan yang senantiasa tanpa mengenal erti sempadan. Dunia Information Technology pada hari ini memberi kan kita pengabadian menghadap kunci yang diberi tanggungjawab, amanah, kepercayaan dan sifat bertimbang rasa. Aku berdoa berharap sangat semoga agar semua orang merasai kunci emas itu supaya akan merubah hidup mereka.
Kunci Emas/Golden Key

Ikan

Sambil menyelam sambil sedut sedut sedut air sirap. Tapi nanti kembung boroi lak. Jangan tamak dalam membuat keputusan masa sentiasa ada. Umpama tamak haloba yang tidak berkesudahan diri akan terperangkap dan xkenal erti kemanusiaan sikap binatang akan berleluasa. Kiraan mestilah tepat dan diteliti tapi apakan daya manusia tetap ada kelemahan.

Mesti diamati betul2 mengapa kita terperangkap seperti ini tapi kita tidak memahami apa itu perkongsian. Dirasai sama rata adalah jalan terbaik. Kita di didik supaya pembahagian harta adalah adil dan saksama. Harta itu hanyalah pinjaman dari Tuhan. Riak dan takbur akan merugikan kita umpama cermin itu menjadi medan penglihatan kepada kita yang jijik dan buruk dari segi nilai moral kita yang rendah. Keberkatan tidak lagi diambil berat malah duniawi lebih diutamakan. Penglihatan menjadi kabur bak wang kertas menjadi keutamaan di dalam dunia masa sekarang ini. Bermewah2 menjadi tauladan yang semakin hari memakan diri kita sendiri. Shark Loan with interest riba berleluasa dimamah ketamakan yang xkenal erti kekeyangan.

Kita mesti melindungi diri dari ketamakan umpama nafsu yang xpernah puas. Kegilaan yang meluap2 akan membinasakan kita kunci kesabaran akan membawa ke jalan yang benar. Kehebatan kita akan teruji walau mana setinggi langit akan jatuh jua umpama roller coster sedarlah wahai umat islam masa depan tidak menentu jaminan pun tidak tentu. Dihina dikeji akan menjadikan kita lebih baik. Memberi adalah lebih baik dari meminta2 beri masa kepada orang yang memerlukan pertolongan. Kerana hanya Tuhan yang lebih tahu. Oleh itu jangan salahkan ikan itu hanya kerana rupa kerana itu ciptaan Allah S.W.T.

Manusia

Semua orang dunia ini ada kelebihan nya. Manusia ada hati, akal, jiwa dan tubuh badan yang mengerakkan segala tenaga kerja untuk ke arah usaha yang lebih menjadikan mereka kehidupan yang lebih selesa ataupun sebaliknya. Jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam. Mengapa kita inginkan nya kerana jiwa kita lebih kepastian yang melangkaui batasan. Sebagai contoh aku ingin lagi emas bayangan aku sudah kearah emas tapi modal ada sikit sahaja. Alternatif bagi tujuan aku itu aku merungkai segala cara dan strategi untuk mendapatkan emas lagi. Jadi aku pun pajak gadai emas aku supaya dapat fulus modal tambahan ngeh2. Tapi dalam pemikiran lain pulak rasa rugi pulok. Itu hanya mainan minda kerana jangka masa panjang aku target 1 bulan= 1 dinar kerana aku inginkan kehidupan yang selesa untuk agama,keluarga, bangsa dan negara aku sendiri. Aku inginkan keperluan sejati untuk mencapai THE ULTIMATE GOLD.

Halangan setiap manusia jugak ada pelbagai. Untuk merungkai mengapa dan apa xperlulah dipersoal kerana halangan tetap halangan tetapi bagaimana kita nak lompat, tembus, pecahkan dan bakar halangan itu perlulah dipersoalkan. Motivasi diri hanya 1% sahaja. 99% adalah dari kita sendiri. Tuhan sudah bagi kita akal dan fikiran yang cukup menarik dan kreatif. Malahan jika ada sikit perkara yang menjatuhkan akan membangkitkan semangat yang jitu dan penuh membara untuk naik kembali. Keutamaan nya ialah penghidupan yang lebih baik. Walaupun sedikit selesa pada masa kehidupan untuk sekarang ini adalah lebih baik dari banyak perkara yang kita buat pada masa lalu.

Masa itu emas semua orang hendak keselesaan. Terutama sekali bagi yang berkeluarga.  Tapi usaha tetap usaha kerana ianya tidak berhenti. Mimpi untuk berjaya akan dimuatkan untuk setiap orang. Bayangan kejayaan perlu diatur. Mimpi untuk berjaya perlu diatur jugak. Realiti nya terletak pada kita. lambat atau cepat terletak pada diri kita. Sebab minda kita perlu diatur merencana bagaimana ianya akan berlaku. Plan A to Z perlu ada mengatur apa yang perlu dibuat akan menjadikan kita teratur dan terancang. Tapi awas masa akan mencemburui kita. Perasaan, emosi dan kecekalan akan menguji kita sebagaimana masa itu main peranan. Musuhnya adalah diri kita sendiri. Kegagalan adalah kesalahan diri sendiri dan kejayaan bukan  milik kita sendiri ianya adalah milik semua orang. Percaya bahawa kita hanya dipinjamkan didunia ini akan menjadikan kita lebih baik dan lebih hebat.

Rupa2nya banyak lagi ranjau duri dan halangan yang kita perlu lalui. Lebih banyak kita mengetahui lebih banyak lagi perlu yang dituntut. Ilmu itu sebagai jambatan. Networking kepelbagaian setiap level manusia ada jugak kelebihannya. Networking akan merencana kehidupan kita setiap manusia baru yang kita jumpa akan membawa kita satu dimensi yang berbeza. Manusia melalui manusia yang kita akan diperkenalkan akan membawa kita kearah manusia yang lain rupa, jantina, umur, agama, bangsa dan negara. Merungkai setiap manusia adalah misteri tapi Global trademark solution is Gold. Setiap manusia akan kenal apa itu emas. Itu akan membawa kita lebih jauh ke arah kehadapan.

Oleh itu manusia adalah satu sebahagian kecil di alam duniawi ini. Sebagai manusia kena faham apa itu tujuan utama untuk kehidupan yang lebih selesa bukan untuk kita tapi manusia yang lain didunia ini.

Tuesday, March 2, 2010

Pajak Gadai Agrobank

Ini dia surat akuan gadaian boleh pinjam sampai RM270 sahaja
Ini AgroBank di Bandar Permaisuri, Cheras K.L.

Ini masa Pegawai Bank timbang 1 Public dinar

Salam
Aku akhirnya telah buat pajak gadai di agrobank dan membuat pinjaman 60% dari harga emas semasa. Sebab aku hendak membeli 1 dinar lagi menggunakan duit pajak gadai itu. Kurang sikit la nak beli emas ni hehe.. Itu sebenarnya strategi sebab pajak gadai ni kita bayar wang bulan2 RM45 selama 6 bulan & upah simpanan emas sahaja. Kalau 1 dinar upah simpanannya RM 16.56 sahaja selama 6 bulan. Pegawai bank bagitau kalau xtebus balik emas itu selama 11 bulan diorang akan lelong. Jadi kalau boleh bayar duit sebelum 6 bulan. Untuk pajak gadai ini pinjaman xda interest% or riba2.

Jadi target untuk 1 dinar=1 bulan telah tercapai. sudah ada modal untuk beli 1 dinar hehe.. Jadi bagi korang belum ada emas beli jer boleh kita pajak gadai bersama2. Banyak guna nya emas ni kalau kita nak tambah pajak gadai jer boleh beli lagi satu. Disebabkan aku ni low medium class income jadi 1 dinar je buat masa ni yang mampu heheh. Bagi korang yang lebih mampu pakai jongkong sebagai contoh 20gram ker. Lupa nak bagitau maksimum agrobank boleh bagi pinjaman hanya RM50,000 sahaja. Kalau berat emas pulak 100gram sahaja. Tapi kalau ikutkan banyak lagi Arahnu yang aku belum try. Tadi masa balik pun aku ada nampak Arhnu Yapeim punya dekat cheras jugak. Bulan 4 ler aku ingat nak try boleh Evolusi V3 Rempit emas ni jimat sikit belanja nak beli emas ni hehehe...